Percutian ke Legoland

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, bestnya holiday kali ni. Sb semuanya terancang. Sebelum kami pergi holiday kami search dulu pengalaman kawan-kawan yang dah pergi. Perjalanan bersama anak kecik  tidak semudah yang disangka. Tapi bile sume dah prepared insya Allah. Btw sebelum turun umah bacala doa juga semoga perjalanan selamat dan percutian berkat. hihi.

Lela ada baby 10 bulan yang dh start makan. Nak travel 4-5 hari bekalan makanan mesti kene cukup. Sebenarnya boleh je order nasi bubur kat kedai.. breakfast pagi di hotel pon ade nasi bubur. Dependla pada masing2. Lela lebih selesa bg masakan kita sendiri. Sebab makanan kat kedai mostly ada bahan perasa. Alhamdulillah makanan yang dibawa tahan sehingga hari kami balik. Dalam 4 @5 hari jugak..kawan-kawan boleh baca kat sini macam mana lela buat bagi tahan

Di Pasir Gudang kami menginap di Renaissance Hotel.. 5star hotel, harga sgt berpatutan. murah je. layanan memang terbaiikk. Alhamdulillah sepanjang kami duk Johor kami jumpa orang baik2 je. Alhamdulillah.

Perjalanan dari hotel ke Legoland amik masa 30 minit sahaja. Sampai di legoland kami parking di Medini Mall. lela tak guna legoland punye parking sb jauh dr pintu masuk. parking ni lebih dekat. Kite kene masuk dulu dalam Medini Mall then keluar2 je..taraaa.. pintu masuk Legoland..hihi. kalo nak berbaloi, pergi la pagi2.. pukul 9.00 kuanter tiket buke. Harga utk dewasa RM124.. haritu kami dapat less 35%.. okla kan? haa. sb tu lela suruh pergi pagi.. dah harga tiket mahal.. so gunakan sepenuhnya. duduk dr pagi smpi petang.. baru puas hati. Kalau musim cuti sekolah digalakan beli tiket online. Dikhuatiri ramai orang.

Legoland adalah tempat yang sesuai actually untuk family gathering. Hospitality yang complete. Toilet family ada. So bolehla mandi anak-anak tengahari tu. Memang tempatnya panas sikit, dalam kul 12 sampai kul 3 or 4 memang rase bahang panas. so time tu bolehla kite istirehat selepas 3jam main2. mandi anak2, makan, solat. Time cmni boleh masuk dlm tempat2 main yang ada aircond. Selain tu ada bilik menyusu, surau, tempat istirehat pon banyak.

Ini antara yang penting, payung atau baju hujan. disebabkan tempat tu panas, so prepared la payung utk panas, n baju hujan kot2 hujan. Mula-mula masuk ada je diorang jual baju hujan dan payung. Setakat ni saja perkongsian untuk percutian ke Legoland. Next.. Percutian ke Vietnam..

Akhir kata, terima kasih hubby sebab layan kerenah umi and muaz pergi holiday.. You are the best husband forever.. syukur  Ya Allah..

Popular Posts