Makanan baby tidak basi bila travel

Assalamualaikum..

Alhamdulillah ada juga ruang untuk lela siapkan perkongsian ni untuk kawan-kawan. Bagi ibu-ibu yang ada bayi kecil yang dah start makan memang akan risau tentang makanan baby kita bila nak travel kan? harini lela nak kongsikan macam mana nak pastikan makanan yang kita bawa tu tidak mudah basi.

Sehari sebelum bertolak lela dah sediakan bekal anak. kebiasaannya nasi putih lela akan letak halia tapi nak travel lela xletak ape pon dalam nasi. sb kalo letak bwg n halia ia cpt berbau. letakkan nasi dlm bekas2 kecil2 macam ni. bekas ni ada jual dekat manjaku RM19.90.

utk sayur lela stim or rebus dgn kuantiti air yg sikit.. broccoli + potato+ bunga kubis. xperlu masukan garam atau serbuk perasa. sb potato n bunga kubis dh ada manis. Carrot pon manis. broccoli kene sedikit je berbanding dengan sayur lain. Sebab broccoli ni pahit. selepas rebus blend sume sekali. lepas tu boleh letak dalam bekas mcm nasi. lela sediakan jugak ayam/ikan.. rebus smpi empuk. pastu blend.

freezer kan sume makanan anak tadi dlm peti semalaman.. pastu hari nak travel sediakan cooler box. cooler box ni boleh dpt dekat Giant atau Mydin. cooler box ni utk tahan panas dan tahan sejuk. bagi perjalan jauh contoh 12 jam. better letak ais dalam box tu. lela xletak ais sb dar kl ke JB hanye 4 jam. sampai2 je makanan masih sejuk.

Peti ais hotel semestinya tak ada freezer kan. So kita boleh beli ais dekat seven E, then letak dalam cooler box. lepas tu cooler box tu masukkan dalam peti ais. ganti ais bila dah cair. Eksperimen haritu, ais akan cair sehari semalam.. so mlm esok lela gantikan ais, Makanan akan keras macam letak dalam freezer. Tapi tidakla keras sampai kene masuk microwave bile nak makan. memadai kite panaskan air dalam kettle then letak bekas nasi and lauk2 baby dalam tu.

Kalo bawak benda alah ni lagi bagus..



setakat ni saja perkongsian untuk kali ni. Next lela update lagi.. Insya Allah

Popular Posts