SAJAK IKHLASKAN AKU


IKHLASKAN AKU


Ya Allah aku bukan tidak bersyukur

Ini hanyalah sekadar nyayian hati kecil ku

Mungkin juga sebagai doa untuk perjalanan

Dan perjuangan ku

Ya Allah, aku adalah sebutir pasir yg malap

Dalam jutaan pasir yang bergemerlapan

Dan aku yang paling malap

Aku bukan siapa2 hanya hambaMu yang paling kosong amalnya               

 

Aku mencari secebis kekuatan dalam meniti ranjau kehidupan

Dengan aku bermenolog dengan Mu sentiasa setiap saat dan waktu

Kerana keyakinanku Engkau sentiasa ada dimana2 jua aku berada.

Engkau mendengar dan memandang hambaMU yang hina ini

Aku yakin Engkau memberikan apa yang baik utk ku

Bukan apa yang aku inginkan bagi ku

Aku insan kerdil yang sentiasa memerlukan Mu

Mencari jawapan untuk setiapa perkara yang berlaku

Mempersoalkan kenapa dan mengapa

Dengan harapan menemukan titik jawapan untuk aku berhenti berharap

Kepada apa yg aku inginkan

 

Ya Allah.. aku inginkan keikhlasan dalam hubungan

Dengan itu aku percaya aku juga perlu membina keikhlasan dalam hubungan ku dengan Mu

Dan aku yakin jika aku mencapainya

Engkau akan hadirkan insan2 yang ikhlas dengan ku

Dan Izinkan aku menyayangi mereka seikhlas hatiku kerana Mu

 

Tingkat terakhir kehidupan dunia adalah redhaMU

Maka izinkan dan permudahkan aku menggenggamnya sehingga hujung nyawaku


Ummi lela

Yang tak pernah lelah mencari kedamaian hidup


Popular Posts