Vitamin Untuk Ibu Hamil
VITAMIN UNTUK IBU HAMIL
Ibu hamil wajib mengambil Asid Folic. Asid
folic dianggap sebagai makan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran
tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia dapat menguatkan imuniti
dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah
putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai ko enzim dalam sintesis DNA dan
RNA, ia penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Zat ini
boleh membantu dalam depresi dan kegelisahan. Asid folic sangat penting
dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf embrio dan
janin yang amat penting untuk tumbesaran yang normal. Asid folic sangat
berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.
Pengambilan sebanyak 600 mg sehari amat digalakan untuk ibu hamil.
Asid
folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida.
Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi
tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf
kekal.
Pada
12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi
anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah
sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.
ASID LEMAK OMEGA
Omega
3 diketahui merangsang otak. Omega 3 dan DHA sangat diperlukan dalam
pembentukan sistem saraf pusat janin. kajian menunjukan gangliosida
berpengaruh pada struktur otak terutama fungsi belajar dan mengingat.
Kajian menunjukan bayi yang menjalani ujian perkembangn mental mendapat
skor yang tinggi apabila ibunya makan telur yang mengandungi banyak
omega 3 semasa kehamilan.
PROTEIN
Ketika
hamil, badan anda bekerja keras untuk membentuk sel-sel otot bayi. Jadi
ia memerlukan tambahan protein. Ibu2 hamil memerlukan protein lebih
banyak sewaktu hamil berbanding waktu lain dalam hidup anda. Hal ini
penting untuk pertumbuhan jaringan pada janin. Ibu hamil memerlukan 75g
protein iaitu lebih 25g berbanding biasa.
ZAT BESI
Zat
besi memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripada
paru-paru ke tisu. Zat besi bergabung dengan oksigen dalam tisu-tisu
yang memerlukan. Ia digunakan dalam pembuatan hemoglobin dan berperanan
penting dalam fungsi normal imuniti. Sepanjang kehamilan, penggunaan zat
besi akan bertambah 2 kali ganda untuk memenuhi keperluan ibu dan bayi.
jika keperluannya tidak dapat dipenuhi, ibu akan cepat penat dan mudah
mendapat jangkitan berpenyakit. Risiko melahirkan bayi tidak cukup bulan
dan kurang berat turut berlaku. Keperluan zat besi ibu hamil ialah
sekitar 27mg sehari.
KALSIUM
Kalsium
adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih
daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk
pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat dan gigi yang sihat.
Ia juga untuk menghalang pembekuan darah, penghantaran gerak balas saraf
dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit
osteoporosis. Sewaktu hamil janin akan mengambil sekitar 25mg - 30mg
sehari daripada ibunya. Pengambilan tertinggi ialah pada trimester
ketiga kehamilan. Jika bekalan kalsium tidak mencukupi, janin akan
mengambil kalsium daripada tulang ibu. Sebab itu, ibu perlu memastikan
yang pengambilan sumber kalsiumnya mencukupi untuk
menampung
keperluannya sekitar 1000mg.
Dapatkan set ibu mengandung trimester 1,11,111 dengan harga yg berpatutan. konsultasi percuma akan diberi selepas pembelian
Set J-1 (trimester 1)
1. vitalea
2.b compleks
3.vita c (chew c)
4. ostermatrix
Set J-2(trimester 11 & 111)
1. vitalea
2.b compleks
3.vita c (chew c)
4. ostermatrix
5.Omega Guard
6. Esp
shaklee independent distributor
lela
019-6538484 (call,sms n wassap)
norlela06@gmail.com
** All statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
** All statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.